Friday, March 13, 2009

Fakta Kelahiran Kembar Yang Perlu Anda Tahu

Melahirkan kembar memang menjadi idaman setiap pasangan, lebih lebih lagi apabila melihat pasangan lain yang mempunyai anak kembar yang cukup comel, timbul keinginan dan iri yang kuat untuk sama menikmatinya tapi tahukah anda memiliki anak kembar tidak semudah yang disangka dan meletakkan kandungan anda sebagai kehamilan berisiko.

Berikut adalah fakta fakta yang anda perlu ketahui tentang kelahiran kembar : Fakta Kelahiran Kembar

Misteri tapak kaki 1.5 juta tahun

Kesan ditemui di utara Kenya dipercayai kedua tertua di dunia

Kawasan pesisiran Tasik Turkana, Ileret di utara Kenya menjadi tumpuan ramai baru-baru ini berikutan penemuan bersejarah tapak kaki manusia awal dipercayai berusia 1.5 juta tahun yang menyingkap misteri antara fasa terawal evolusi manusia.

Berita lanjut sila klik Misteri tapak kaki 1.5 juta tahun

Aneka Resipi Masakan

Ayam masak halia bersantan

bahan -Bahan

1 ekor ayam di potong kecil
2 cawan santan pekat
1 inci halia
4 ulas bawang merah
3 ulasa bawang merah
4 biji cili merah ( semua bahan ini di tumbuk lalu perapkan bersama ayam )

Cara Memasak :

Santan di masak hingga pecah minyak kemudian masukkan ayam yang telah di perap dengan garam gula serta bahan-bahan yang telah di tumbuk tadi.
gaul rata, kecilkan api, masak selama 5 minit, tambahkan air jika kuahnya agak kering.rasakan garam gulanya dan biarkan kuahnya agak pekat dan angkat.
Hidangkan bersama nasi putih.

Untuk mendapat resipi yang lain sila klik Pelbagai aneka resipi masakan

Tuesday, March 10, 2009

MomBloggersPlanet Contest

Are You Moms? Moms-to-be? Future moms? daddy also can lah.. hehehe...

Welcome to malaysian moms blogger planet

If you have a blog or thinking of getting one, join us to;

    Join Mom Bloggers Planet
  • list your blog in a unique blog directory specially created for you - it’s free and an easy way to find and connect with other moms
  • learn how to make money blogging - let’s share the tips & tricks of moms already making money from Google Adsense, Nuffnang etc
  • sell your stuff in the market place - a hotspot for handmade crafts & bags, photography services, used toys & cloths etc
  • find blogging tips and tools - a treasure chest of free blogging ideas and resources
  • discuss issues - parenting, childcare, pregnancy, breastfeeding, marriage, etc
  • share your passion with someone with the same interest - shopping, fashion, cloth diapering and much more
  • ask question and get help - let’s share our professional knowledge in accounting, laws, taxation, banking etc

Mom Bloggers Planet is a networking platform created especially for Malaysian moms. And, it’s also open for anyone who understand English and Malay language.

So, if you’re from Singapore, Indonesia, Brunei, Thailand or any tiny corner of the world, you’re most welcome too

If you like to write your blog its time your chance to win great prizes , this simple , easy and everybody can do it especially for malaysian mom`s community.
Today when first time i found mombloggersplanet.com i really like this site,mombloggerplanet really different than another site .I join mombloggersplanet community Because very helpfull i also can find a lot of info/tips about how to be come a good moommy for my little girl, now she already 3 years old.
Oh.. ya about MomBloggerPlanet contest, if i win i would like to choose for :
* 1 Osim Uvibe massager Because now im pregnant for 2 months , everyday i had morning sickness and my body feeling so slushy and always feeling tired. Emmm.. i think this prize good for me ,especially in my pregnant period. with Osim Uvibe i can massage my body everytime i want, Help to improve my blood circulation for enchanced well-being and stay healty everyday.
OR
* 1 Luvable Friend Onesies Emm...i really like this prizes and i will give for my baby.

Anyway i like all the prize...I wish i can win one of the mombloggersplanet contest prizes.

http://www.mombloggersplanet.com IS THE BEST...

Khasiat Kacang Soya Untuk Mencantikan Kulit

Untuk kulit lebih muda

Kekacang soya sudah diketahui memiliki pelbagai khasiat untuk membantu meningkatkan kesihatan.
Antara jenama yang turut memanfaatkan tumbuhan berkenaan adalah Nuvafemme yang dihasilkan daripada 100 peratus ekstrak kacang soya organik.Ia mengandungi bahan aktif dikenali sebagai Genistein yang mempunyai keupayaan unik untuk ‘meniru’ estrogen yang dihasilkan secara semula jadi oleh tubuh wanita. Menerusi rumusan terbabit, ia membantu seseorang memiliki penampilan kulit lebih muda serta menjadikan kulit lebih anjal.

Maklumat lanjut sila klik Khasiat Kacang Soya Untuk kulit

Mengingati Keagungan Nabi

Mukadimah

ANNIE Besat di dalam bukunya, The Life and Teachings of Muhammad berkata: “Seseorang yang mengkaji kehidupan beliau dan sifat nabi dari bumi Arab ini dan tahu mengenai ajaran dan cara hidupnya, pasti memberikan penghormatan kepada nabi yang agung ini.

Maklumat lanjut sila klik Mengingati keagungan Nabi

Nak Tahu Tentang Masalah Anda???

Terlalu banyak masalah kesihatan yang mungkin sedang puan-puan alami dan belum tahu jalan penyelesain dari masalah kesihatan anda tersebut.
Sila laman web di bawah ini, jika ada yang ingin anda ketahui maka anda dapat mengajukan pertanyaan kepada pakar sakit puan Dr. Adilah Ahmat.

Untuk mendapat maklumat lanjut sila klik Masalah Sakit Puan ???

Pelbagai Petua Untuk anda Semua

Petua bagaimana untuk menentukan ketulenan madu:
  1. Permukaan madu mempunyai buih-buih halus, Madu dalam botol yang terbalik akan turun dengan cepat kerana ringan dan madu akan turun tanpa putus kerana kelikatannya,
  2. Rendamkan kayu mancis atau surat khabar dalam madu tersebut dan nyalakan api. Jika terbakar, ia madu asli,
  3. Madu tidak beku jika disimpan di dalam peti ais, Jika dititiskan di atas tapak tangan, madu akan membulat (tidak meleper) walaupun sedikit.
Untuk mendapat lebih banyak petua sila klik Pelbagai Petua

Petua Mendapatkan Anak Lelaki @ Perempuan

Disini ada sedikit info dan diharap menjadian panduan berguna buat dikongsi bersama-sama terutama kepada suami isteri yang baru berumahtangga untuk merancang keluarga. Ketahuilah, untuk mendapatkan bayi lelaki atau perempuan, semuanya boleh dirancang.. Amalan Pemakanan Isteri sebelum bersama 1. Madu lebah (utk energy dan kesihatan dalaman) 2. Minum susu dan mengambil buah badam sebagai sajian ringan 3. Amalkan minum sup ayam dan makanan berempah 3. Minuman berhalia juga bagus (suami juga - utk kepekatan air mani)
Maklumat lanjut Sila klik Petua Mendapatkan Anak Lelaki @ Perempuan

11 Cara Membuatkan Ibu Sedang Melahirkan Lebih Selesa

Kehadiran orang tersayang terutamanya suami sangat memberi erti ketika isteri sedang mengalami sakit bersalin. Si ibu boleh berasa lebih selesa jika anda....
  • Urut mukanya untuk mengurangkan tekanan dan membuatkan dia rasa lebih relaks. Usap muka dan lehernya dengan benda sejuk.
  • Ingatkan dia supaya ke bilik air setiap sejam. Pundi kencing yang penuh membuatkan kelahiran rasa lebih tidak selesa.
  • Galakkan dia minum dan makan jika doktor membenarkan untuk memberikannya tenaga untuk melahirkan.
  • Bantu dia mengalihkan kedudukan untuk memudahkan lagi proses kelahiran.
  • Urut belakangnya perlahan-lahan (atau kuat - mana satu yang disukainya).
  • Sentiasa berada di sampingnya dan berikannya kata-kata perangsang, walaupun mungkin dia tak suka disentuh semasa ini.
  • Bacakannya al-Quran. Surah Yaasin, surah Maryam antara yang elok diamalkan semasa ini. Anda juga boleh bersama-sama dengan berzikir.
  • Mandi di pancuran atau tab mandi boleh melegakan kesakitan.
  • Tuam bahagian belakang pinggang dan ke bawah dengan benda suam seperti tuala, atau botol berisi air suam.
  • Minta dia hisap ibu jarinya sambil menekankannya ke atas.
  • Minta dia fokus mindanya kepada benda lain seperti bayi yang sedang dilahirkan, gambar pemandangan di dinding, atau mungkin muzik yang menenangkan.
Maklumat di petik dari http://www.ratuhati.com

Memebentuk Anak-Anak Yang Soleh

10 Langkah Praktik untuk malahirkan Anak soleh

1. Didik anak-anak kita mengenali Allah SWT

2. pastikan anak-anak kita sentiasa mendirikan solat dan menjaga ibadat wajib yang lain

3. Bekalkan ilmu agama yang secukupnya kepada anak-anak kita.

4. Hidupkan dalam rumah kita suasana Islami (suasana keislaman). Antara perkara yang dapat kita lakukan untuk tujuan itu ialah selalu membaca al-Quran di rumah, membiasakan solat sunat di rumah, hidupkan budaya memberi salam dan mempraktikkan adab-adab Islam dalam rumah.

5. Dekatkan anak-anak kita dengan masjid, musalla atau surau.

6. Tanamkan semangat jihad dan perjuangan Islam ke dalam jiwa anak-anak kita.

7. Tanamkan kepada anak-anak kita sikap cintakan ilmu dan majlis ilmu.

8. Perhatikan dengan siapa anak-anak kita berkawan.

9. Mohon sentiasa dari Allah supaya dikurniakan anak yang soleh.

10. Sentiasa memberi pesanan dan nasihat kepada anak-anak kita.

Semoga maklumat di atas bermanfaat bagi kita semua...

Membina Keluarga Bahagia

Oleh Aminudin Mansor

Keluarga bahagia bermula daripada tingkah laku yang positif. Minda bersih dapat membantu pasangan suami isteri menghurai masalah rumah tangga yang dihadapi dan masalah yang membabitkan persoalan anak-anak secara baik.

Suasana bahagia dalam keluarga dapat diwujudkan melalui pelbagai cara membabitkan bukan sahaja pasangan malah disertai anak-anak dalam pelbagai aktiviti secara bersama, contohnya membaca dan bersukan.

Melalui usaha ini akan terpancarlah sinar kebahagiaan dan kemesraan antara pasangan suami isteri, jiwa anak akan tertarik untuk sama-sama memupuk keluarga bahagia dalam kehidupan seharian.

Artikel lanjut sila baca Membina Keluarga bahagia

Sentiasa Berdoa Kepada Allah

Sebagai insan biasa yang tidak luput dari salah dan silaf maka hendaklah kita selalu berdoa kepada Allah agar di ampunkan semua dosa-dosa yang telah kita lakukan.
Cobalah kita baca dan renungkan kalimah di bawah ini :

Hendaklah kamu hentikan kejahatan yang kamu lakukan ke atas orang lain dan hendaklah kamu memaaf dan melupakan kejahatan orang lain terhadap dirimu. Melakukan kejahatan kepada orang lain bukan sahaja merosak dan menganiayai mereka bahkan turut merosakkan diri sendiri. Sejahat-jahat manusia ialah mereka yang suka mencari kesalahan dan kecelaan orang sebagaimana lalat mencari bangkai dari tempat-tempat yang busu
k.

Semoga Allah akan sentiasa melindungi dan mengampuni dosa-dosa kita. Amin..

Monday, March 9, 2009

Nama anak-anak muslim



Islam memerintahkan kepada umatnya agar memberikan nama yang baik kepada anak-anak yang telah di lahirkan.
Sebagaimana hadist yang berkata :

"Kalian akan dipanggil di hari kiamat dengan nama kalian dan nama bapak kalian. Maka berilah nama kalian yang baik" (HR. Bukhari dan Muslim)


Nama-nama pilihan anak lelaki muslim

Nama-nama pilihan anak perempuan muslim

Semoga info ini bermanfaat bagi anda semua. Amin...

simpton kehamilan pada wanita yang mengandung

10 Tanda"/gejala kehamilan terjadi

1.Keletihan

Keletihan melampau boleh menjadikan ibu-ibu yang mengandung rasa tertekan. Apatah lagi jika ada anak-anak lain yang masih kecil atau terpaksa menguruskan rumah tangga sendiri tanpa bantuan dari suami atau pembantu rumah. Amalkan Staminex untuk memberi tenaga sepanjang hari walaupun dalam keadaan sibuk.

2.Vena Varikos

Urat-urat kaki akan membengkak dan timbul sewaktu hamil. Ini berlaku disebabkan oleh kandungan hormon kehamilan yang meningkat meyebabkan saluran darah membesar dan perjalanan darah menjadi perlahan. Rahim yang membesar juga menekan aliran darah dari bahagian kaki menuju ke jantung menyebabkan perjalanan darah tersekat dan lambat. Ini berlaku pada pada bulan-bulan terakhir kehamilan kerana berdiri terlalu lama dan lebih kerap berlaku di kalangan wanita yang sudah berulang kali hamil. Ceraian Salindah B1 membantu melancarkan aliran darah agar mencegah berlakunya Vena Varikos.

3.Buasir

Pendarahan atau rasa sakit semasa membuang air besar boleh berlaku sewaktu hamil. Ia berlaku disebabkan tekanan kepala bayi pada vena (urat) disekeliling dubur dan menyebabkan ia membengkak. Makanan berserat membantu melawaskan pembuangan najis. Amalkan Bio-Fiber sewaktu mengandung.

4.Pitam

Ini berlaku akibat tekanan darah rendah sewaktu mengandung. Punca utamanya ialah dari sistem peredaran darah ibu hamil. Sewaktu bangun dari tidur jangan terus berdiri, mengiring terlebih dahulu dan bangun perlahan-lahan. Ceraian Salindah B1 membantu menambah darah di kalangan wanita hamil.

5.Morning Sickness

Biasanya berlaku selama tiga bulan. Ini disebabkan oleh peningkatan paras hormon dalam darah. Deria bau mereka pada waktu ini juga menjadi lebih kuat. Loya dan muntah boleh menimbulkan beberapa masalah seperti rasa serba tak kena, tidak selesa dan tidak bermaya untuk menjalankan tugas. Anda digalakkan makan makanan yang rendah karbohidrat dan susu. Produk yang disyorkan termasuklah Diafood dan Susu Intelac.

6.Kulit Perut Merenggang

Ia juga dikenali sebagai stretcht mark yang berlaku kerana kulit menegang dan pecah pembesaran rahim meregangkan tisu di bawah kulit. Kesan ini boleh dikurangkan dengan menyapu minyak zaitun 2-3 kali sehari dari mula kehamilan sehingga bulan terakhir kehamilan.

7.Bisa Hati

Sakit hulu hati akibat timbunan asid gastrik dalam perut. Perjalanan usus lebih lambat ketika hamil dan rahim yang kian membesar menekan perut menyebabkan asid perut bertakung. Bahagian tengah dada juga akan terasa sakit. Masalah ini boleh diatasi dengan meminum lebih susu dan tidak membiarkan perut kosong. Kurangkan makanan pedas atau bergoreng dalam diet.

8.Infeksi Vagina

Perubahan hormon yang disebabkan oleh kehamilan mengubah tingkat keasidan vagina dan meningkatkan produksi karbohidrat (glikogen) yang merupakan makanan bagi organisme jangkitan. Penggunaan douche yang dirumuskan menggunakan bahan-bahan semulajadi digalakkan seperti Femina untuk mengawal jangkitan fungus.

9.Kerap Buang Air Kecil

Kerap berlaku pada trimester ketiga kehamilan kerana rahim menekan pundi kencing. Otot dasar pelvis yang lemah menjadikan air kencing akan keluar secara tidak sengaja jika batuk atau ketawa. Elakkan mengangkat barang berat dan kerap lakukan senaman lantai pelvis.

10.Kekejangan

Kekejangan yang berlaku di kalangan wanita hamil menunjukkan mereka kekurangan bekalan kalsium. Kontraksi otot yang menyakitkan biasanya berlaku pada betis dan kaki. Banyakkan pengambilan kalsium seperti susu, dadih dan keju.

Panduan Menyusukan Anak Untuk Ibu Yang Bekerja

Panduan Menyusukan Anak Untuk Ibu Yang Bekerja

Tidak ada susu yang lebih baik untuk bayi anda daripada susu ibu. Oleh itu, wanita di galak terus menyusukan bayi sepenuhnya walaupun terpaksa bekerja semula selepas habis pantang.panduan ini bertujuan untuk membantu ibu supaya terus menyusukan anak dengan susu ibu .

Artikel lanjut sila rujuk Panduan menyusukan anak
Semoga panduan tersebut berguna untuk puan-puan yang berhasrat menyusukan anak walaupun harus bekerja semula.

Terima kasih

Membentuk kelurga yang bahagia dunia dan akhirat

Beberapa perkara yang dapat membentuk sebuah keluarga bahagia dunia dan akhirat:

Sebagaimana yang kita ketahui, setiap insan di dunia ini pasti mengidamkan sebuah keluarga bahagia, yang menjamin kebahagiaan kehidupan di dunia dan akhirat. Tetapi kita mesti ingat bahawa hanya orang yang mematuhi perintah Allah dan Rasul-Nya sahaja yang dapat membahagiakan keluarga mereka. Dalam masyarakat Islam, suami atau bapa adalah ketua kepada sebuah keluarga. Maka suamilah orang pertama yang patut memainkan peranan penting dalam melaksanakan tugas sebagai suami atau bapa untuk memimpin keluarga ke jalan yang diredhai Allah SWT. Apabila seorang suami atau bapa dapat menjalankan semua perintah Allah dan Rasul-Nya, maka patut pula diperhatikan dan diamalkan beberapa perkara berikut. Di antaranya ialah:

1. Mengajarkan ilmu agama kepada ahli keluarga secukupnya.

2. Biasakan sembahyang berjemaah bersama mereka.

3. Memohon keampunan untuk mereka.

4. Galakkan dan ajarkan mereka membaca al-Qur'an.

5. Sayangi dan kasihilah mereka.

6. Memberi mereka rezeki yang halal.

7. Luangkan masa bersama mereka.

8. Tidak membenarkan mereka melakukan perkara mungkar.

9. Mengadili mereka dengan cara yang baik.

10. Galakkan mereka agar saling bantu-membantu antara satu sama lain.

11. Ajar mereka agar menjadi se-orang yang pemaaf.

Jika setiap suami mem-punyai peranan untuk membahagiakan keluarga, maka tidak terkecuali para isteri atau ibu bersama untuk menjalankan tanggungjawab ini. Antaranya ialah:

1. Taat kepada Allah dan Rasul-Nya.

2. Taat kepada suami.

3. Menghormati suami dan keluarganya.

4. Bermanis muka terhadap suami.

5. Melayan anak-anak dengan penuh kasih sayang.

6. Bersabar di atas segala dugaan.

7. Redha dengan segala kemudahan yang disediakan oleh suami.

8. Tidak membocorkan rahsia suami kepada orang lain.

9. Tidak mengaibkan suami.

10. Menjaga keharmonian rumahtangga.

Allah SWT berfirman:

Maksudnya:

"Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad) dari Allah, dan sebuah kitab (al-Qur'an) yang jelas nyata ketera-ngannya. Dengan (al-Qur'an) itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredhaan-Nya, dan (dengannya) Allah keluarkan mereka dari gelap gelita (kekufuran) kepada cahaya (iman dan Islam) yang terang benderang dengan izin-Nya, dan (dengannya juga) Allah menunjukkan mereka ke jalan yang lurus".