Tuesday, March 10, 2009

11 Cara Membuatkan Ibu Sedang Melahirkan Lebih Selesa

Kehadiran orang tersayang terutamanya suami sangat memberi erti ketika isteri sedang mengalami sakit bersalin. Si ibu boleh berasa lebih selesa jika anda....
  • Urut mukanya untuk mengurangkan tekanan dan membuatkan dia rasa lebih relaks. Usap muka dan lehernya dengan benda sejuk.
  • Ingatkan dia supaya ke bilik air setiap sejam. Pundi kencing yang penuh membuatkan kelahiran rasa lebih tidak selesa.
  • Galakkan dia minum dan makan jika doktor membenarkan untuk memberikannya tenaga untuk melahirkan.
  • Bantu dia mengalihkan kedudukan untuk memudahkan lagi proses kelahiran.
  • Urut belakangnya perlahan-lahan (atau kuat - mana satu yang disukainya).
  • Sentiasa berada di sampingnya dan berikannya kata-kata perangsang, walaupun mungkin dia tak suka disentuh semasa ini.
  • Bacakannya al-Quran. Surah Yaasin, surah Maryam antara yang elok diamalkan semasa ini. Anda juga boleh bersama-sama dengan berzikir.
  • Mandi di pancuran atau tab mandi boleh melegakan kesakitan.
  • Tuam bahagian belakang pinggang dan ke bawah dengan benda suam seperti tuala, atau botol berisi air suam.
  • Minta dia hisap ibu jarinya sambil menekankannya ke atas.
  • Minta dia fokus mindanya kepada benda lain seperti bayi yang sedang dilahirkan, gambar pemandangan di dinding, atau mungkin muzik yang menenangkan.
Maklumat di petik dari http://www.ratuhati.com