Monday, March 9, 2009

Membentuk kelurga yang bahagia dunia dan akhirat

Beberapa perkara yang dapat membentuk sebuah keluarga bahagia dunia dan akhirat:

Sebagaimana yang kita ketahui, setiap insan di dunia ini pasti mengidamkan sebuah keluarga bahagia, yang menjamin kebahagiaan kehidupan di dunia dan akhirat. Tetapi kita mesti ingat bahawa hanya orang yang mematuhi perintah Allah dan Rasul-Nya sahaja yang dapat membahagiakan keluarga mereka. Dalam masyarakat Islam, suami atau bapa adalah ketua kepada sebuah keluarga. Maka suamilah orang pertama yang patut memainkan peranan penting dalam melaksanakan tugas sebagai suami atau bapa untuk memimpin keluarga ke jalan yang diredhai Allah SWT. Apabila seorang suami atau bapa dapat menjalankan semua perintah Allah dan Rasul-Nya, maka patut pula diperhatikan dan diamalkan beberapa perkara berikut. Di antaranya ialah:

1. Mengajarkan ilmu agama kepada ahli keluarga secukupnya.

2. Biasakan sembahyang berjemaah bersama mereka.

3. Memohon keampunan untuk mereka.

4. Galakkan dan ajarkan mereka membaca al-Qur'an.

5. Sayangi dan kasihilah mereka.

6. Memberi mereka rezeki yang halal.

7. Luangkan masa bersama mereka.

8. Tidak membenarkan mereka melakukan perkara mungkar.

9. Mengadili mereka dengan cara yang baik.

10. Galakkan mereka agar saling bantu-membantu antara satu sama lain.

11. Ajar mereka agar menjadi se-orang yang pemaaf.

Jika setiap suami mem-punyai peranan untuk membahagiakan keluarga, maka tidak terkecuali para isteri atau ibu bersama untuk menjalankan tanggungjawab ini. Antaranya ialah:

1. Taat kepada Allah dan Rasul-Nya.

2. Taat kepada suami.

3. Menghormati suami dan keluarganya.

4. Bermanis muka terhadap suami.

5. Melayan anak-anak dengan penuh kasih sayang.

6. Bersabar di atas segala dugaan.

7. Redha dengan segala kemudahan yang disediakan oleh suami.

8. Tidak membocorkan rahsia suami kepada orang lain.

9. Tidak mengaibkan suami.

10. Menjaga keharmonian rumahtangga.

Allah SWT berfirman:

Maksudnya:

"Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad) dari Allah, dan sebuah kitab (al-Qur'an) yang jelas nyata ketera-ngannya. Dengan (al-Qur'an) itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredhaan-Nya, dan (dengannya) Allah keluarkan mereka dari gelap gelita (kekufuran) kepada cahaya (iman dan Islam) yang terang benderang dengan izin-Nya, dan (dengannya juga) Allah menunjukkan mereka ke jalan yang lurus".